Tinta Si Penulis AYAT

"Terima kasih kerana melawat blog saya. Semoga semua info yang terdapat didalam blog saya ini dapat memberi kesedaran kepada kita bersama insyaAllah. Sekiranya entry saya menarik, kongsilah dengan rakan-rakan anda agar ilmu itu berterusan tanpa henti. Tinggalkan link blog anda pada ruangan komen entry saya bagi memudahkan saya melawat blog anda semula.^^"

Saturday, May 28, 2011

Kenapa Aku Selalu Ditimpa Dugaan




oleh Hanif Halim

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian... hari ini insyaAllah saya ingin berkongsi sedikit ilmu dengan kawan-kawan sekalian. seringkali kita merungut atau mengeluh "kenapalah aku jadi macam ni?", "kenapalah aku terima dugaan sampai macam ni sekali?", "kenapa setelah aku usahakan segalanya aku masih belum berjaya?", kenapa dan kenapa?. berbohonglah sekiranya manusia itu mengatakan yang dirinya tidak pernah ditimpa musibah. setiap manusia itu pasti akan ditimpa musibah cuma dengan cara dan situasi yang berbeza. Allah tidak akan sesekali menguji seseorang itu sekiranya tiada sebab kerana Allah mempunyai rahsianya tersendiri. Dia tahu segalanya, Dia menguji kita atas dasar kemampuan kita, samaada Dia ingin meningkatkan keimanan kita atau memberi petunjuk kepada kita. dan dengan ujian itulah mendidik dan mengasuh kita supaya tidak berputus asa, bersabar dan terus berdoa dan meminta pertolongan Allah. Ujian juga membuka mata dan hati kita dalam menghadapi kehidupan seharian yang penuh onak dan duri, seperti laut yang bergelora dihembus taufan.


kadang-kadang kita mengeluh dan tertanya-tanya, mempersoalkan kenapa Allah memberi ujian sedemikian kepada kita sehingga kita lupa kepada siapa sepatutnya kita meminta pertolongan tatkala ditimpa musibah dan ujian dan kepada siapa sepatutnya kita meminta kekuatan agar dapat kita terus menghadapi ujian tersebut sehingga berjaya. Astagfirullahalazim... sampai begitu sekali lemahnya iman kita. jika kita terus mengeluh sedemikian, sampai bila ujian kita itu akan selesai? ingatlah bukan kita sahaja yang ditimpa musibah sedemikian malah lebih ramai lagi saudara-saudara, sahabat-sahabat kita yang ditimpa masalah seperti kita malah mungkin lebih hebat dari kita.

Namun pernahkah kita semua berfikir,apa hikmah di sebalik semua ujian2 ini?..

1) Untuk membersihkan dan membezakan, yang mana satu orang mukmin yang sejati dan yang mana orang-orang munafik

2) Untuk mengangkat darjat dan menghapuskan dosa

3) Untuk menguji sejauh mana ketaatan dan kesabaran hambaNya

4) Untuk membentuk dan mendidik keperibadian manusia, sehingga menjadi umat yang berbudi tinggi

5) Sebagai latihan..supaya manusia terbiasa menerima berbagai ujian, dengan demikian akan bertambah kesabaran, kuat cita-cita dan tetap pendirian


firman Allah swt dlm surah Albaqarah ayat 286
"Allah swt tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"

daripada ayat diatas, ketahuilah bahawa Allah bukan sengaja untuk menguji kita sekiranya kita tidak mampu untuk menghadapi ujian tersebut. betapa sayangnya Allah kepada kita. ingatlah Allah tidak memberi tahu kepada kita tentang kasih sayangnya pada kita, tetapi Allah menunjukkan kasih sayangnya kepada kita melalui ujian kerana semakin kuat ujian Allah kepada kita, semakin sayang Allah kepada kita.


satu lagi kawan-kawan, saya juga pelajar seperti mana kawan-kawan sekalian. sebagai pelajar kadang-kadang kita terfikir kenapalah usaha dan doa kita yang lebih selama ini hanya dapat keputusan/ result yang biasa-biasa sedangkan mereka yang goyang kaki malah usahanya dan doanya yang sedikit dapat mencapai keputusan yang hebat? sedih apabila mengenangkan nasib sedemikian. tetapi kawan-kawan sekalian, ingatlah itulah ujian dari Allah. Allah sangat merindui tangisan-tangisan hambanya yang meminta pertolongan daripadanya. semakin kita meminta, semakin Allah sayang kepada kita. mungkin bila Allah sudah memberi kejayaan itu kepada kita, kita akan berhenti berdoa kepadanya. kerana itulah Allah terus menguji kita kerana dia tahu masa yang sesuai untuk kita gembira.

kita juga perlu tahu sahabat-sahabat, apa itu istidraj

Kadang-kadang kita mendengar orang bertanya "Kenapa kadang kala kita lihat seseorg insan tu sentiasa dapat kegembiraan seperti dapat naik pangkat, murah rezeki dll sedangkan dia tu selalu melakukan kemungkaran?".

istdraj=Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya.

Rasullulah s.a.w. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT."

(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Tetapi, manusia yang derhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka.

jadi sahabat-sahabat sekalian, bersabarlah atas segala ujian yang melanda kita, kerana kejayaan itu pasti ada. kalau tidak didunia pasti diakhirat ada. jadi saya berharap semua sahabat-sahabat mengambil iktibar dari segala yang berlaku. jadikanya sebagai jalan untuk kita menghampiri keredhaan Allah. jangan takut dan jangan bersedih untuk mengharungi ujian Allah, kerana Allah itu pasti bersama kita.

renung-renungkan...

No comments: